Quantcast
Channel: PDTM BLOG
Viewing all 528 articles
Browse latest View live

"Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor - Mat Sabu"

$
0
0

Cuaca mendung mengiringi sepanjang perjalanan menghala ke Selatan Tanahair. Sambila aku duduk di tempat duduk pemadu kedua aku tuba-tiba teringat kata-kata Mat Sabu "Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor - Mat Sabu", katanya dalam HARAKAH.

Hebat juga rupanya mereka ini hingga sudah boleh mimpi yang mewah-mewah nak merampas lebih banyak negeri yang selama ini berada dalam urus tadbir kerajaan BN.

"Dulu Selangor kita tak mimpi nak dapat, tapi sekarang Umno pulak yang tak mimpi nak ambil balik," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Kata-kata ini merupakan satu cabaran besar bagi UMNO dalam menetukan kelangsungan hayat pentadbiran BN di ohor yang merupakan kubu kuat UMNO selama ini.

Kita tidak boleh salahkan mereka, seharusnya kita puji mereka kerana bersungguh-sungguh dalam perjuangan mereka untuk menjadikan impian mereka memerintah kerajaan Malaysia ini satu kenyataan.

Sebaliknya kita harus bertanya kepada diri kita dan rakan-rakan seperjuangan kita, setakat mana perjuangan kita? bersungguh-sungguhkah kita?

Mereka sanggup berjuang tanpa wang, tidak kira masa, tidak kira penat dan sanggup lakukan apa saja termasuk menjual Agama dan Tuhan mereka untuk mencapai matlamat perjuangan.

Aku tak mintak kita jual agama dan tuhan seperti mereka, cuma aku mintak pemimpin di peringkat tertinggi ambil berat. Sudah-sudahlah dengan perangai lama, rakyat sentiasa melihat apa yang kita lakukan dan kali ini sudah tidak boleh disorok lagi kerana kuasa media sosial tidak memberikan kita ruang privasi tersebut.

Bukan suruh 24 jam jaga rakyat tapi jika kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan insyaallah kita akan mendapat kemenagan. Aku tujukan kata-kata ini juga kepada diri aku supaya lebih brtanggungjawab dalam melaksanan tugas yang diberikan kepada aku sebagai seorang pemimpin.

Johor akan menjadi medan tempur utama pada Pilhan Raya Umum yang akan datang dan pertempuran itu pula bukan calang-calang malah ia bakal menetukan jatuh bangun Kerajaan barisan nasional dan survival Melayu khasnya.

Berubahlah dan sedarlah.. kita bukan tidak kuat cuma kita tidak bersatu....

Rakyat perlu nilai sikap MP pembangkang buat kecoh di Parlimen

$
0
0

Rakyat perlu menilai sikap dan gelagat ahli parlimen pembangkang yang lebih mengutamakan agenda mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyuarakan masalah rakyat ketika di Dewan Rakyat.

Sebilangan besar daripada mereka ‘cakap tak serupa bikin’ malah peraturan Dewan pun mereka langgar termasuk engkar arahan Speaker.

Mereka sanggup bertekak dengan Speaker atau timbalannya dan apabila ditegah, kadangkala mereka memboikot persidangan.


MP pembangkang jadikan Parlimen agenda kepentingan politik mereka sahaja

Bagi ahli parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap, tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang ini menunjukkan mereka tidak boleh ditegur atau menerima kesalahan.

“Sedangkan jika mereka sendiri yang melanggar peraturan dewan mereka menemplak balik Speaker. Seboleh-bolehnya hendak memenangkan mereka sahaja. Ini tidak boleh,” katanya kepada bnbbc.my.

Malah bagi Anuar, bertekak dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga dilihat sebagai tidak menghormatinya serta keputusan yang dibuat Speaker itu.

“Speaker dan timbalannya sebelum ini banyak bertolak ansur, memberi nasihat dan membuat teguran terhadap semua ahli parlimen. Namun tindakan YB Gombak kali ini membuatkan ia mencabar kewibawaan Tan Sri Speaker hingga terpaksa menggunakan kuasa untuk meminta dia keluar dari dewan,” katanya.

Anuar juga berkata sebagai wakil rakyat, pembangkang haruslah bersikap rasional dan janganlah asyik mencari salah orang lain sedangkan tanggungjawab mereka adalah memperjuangkan nasib rakyat.

Anuar …patut rasional
“Inilah mencermikan sikap sebenar ahli pembangkang yang sememangnya kurang ajar,” katanya mengulas tindakan ahli parlimen PKR Gombak Azmin Ali yang terus mempertikai keputusan Pandikar Amin menolak usul membahaskan kecaman terhadap hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.

Sementara itu, ahli parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad Wasali berpandangan kekecohan yang berlaku adalah gimik politik oleh Azmin sendiri untuk ambil kesempatan dalam kempen politik PKR yang akan ditandinginya bagi mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden.



Pada masa yang sama katanya ia juga rentetan ketidakpuasan hati pembangkang berhubung Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berjaya diluluskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat kali ini dengan majoriti 118 undi sedangkan pembangkang hanya 81 undi pada undian pertama.

Manakala pada undian kali kedua, 119 orang menyokong manakala jumlah menentang kekal 81 orang.

Sapawi…gimik politik
“Mereka juga sengaja membuat kecoh pada hari terakhir sidang hari ini dengan mengembar gemburkan keputusan mahkamah yang melibatkan ahli parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kita semua tahu ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan,” katanya.

Menurut beliau, kalau dilihat dari aspek peraturan parlimen diakui pembangkang bersikap kurang beradab dalam konteks orang yang berpengalaman seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Ini kerana katanya tidak seharusnya isu-isu yang mempunyai kepentingan peribadi dipolitikkan dan sebagai ahli parlimen seharusnya menghormati Dewan Rakyat iaitu satu institusi yang sangat mulia

“Media luar boleh mengecam sistem parlimen kita agak longgar kerana ia dapat disaksikan secara langsung sedangkan ia dilakukan oleh sesetengah individu atau parti tertentu dan bukannya semua ahli parlimen bersifat sedemikian,” katanya.

Ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bersependapat berkata tindakan pembangkang melambangkan sikap mereka bukanlah wakil rakyat yang berkreadibiliti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Tapi sebaliknya hanyalah untuk kepentingan peribadi semata-mata.

“Inilah sifat mereka yang sebenarnya dimana rakyat akan dapat saksikan dengan siaran langsung di beberapa saluran dan internet menunjukkan sikap mereka yang tidak mematuhi undang-undang walaupun telah diputuskan oleh Tan Sri Speaker,” katanya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani juga berkata pembangkang haruslah bersikap professional dan menerima apa jua keputusan yang dibuat dan bukannya cuba mempertikaikannya.

Ini kerana sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Yang di-Pertua Speaker sudah tentu mengambil kira semua aspek dan bukan atas dasar kepentingan tertentu.

Mat Maslan Dah Gila Nak Tubuh "Blue Wave Army" lawan "Red Bean Army"?

$
0
0

"Blue Wave Army" hebat giler nama "Tentera Cyber BN" yang bakal ditubuhkankan nanti mengikut cadangan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan.

Kononnya cadangan menubuhkan "Pasukan Tentera Cyber" adalah untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA). 

Itu cerita pendeknya tapi cerita panjangnya aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang Tok Mat cuba perkatakan. 

RBA sampai hari ini mampos kering Guan Eng atau DAP tak mengaku kewujudannya dan tak siapa tahu siapakah yang dimaksudkan dengan RBA itu.

Tapi malangnya menteri kita hari ini dengan gila dan bangganya bercakap nak menubuhkan sebuah pasukan tentera yang tidak wujud.

Aku nak tanya dah berapa banyak Tentera RBA ini ditangkap dan didakwa kerana kesalahan yang amat melampau mengugut, memfitnah, menghina Agama, Raja dan Negara termasuk membahayakan keselamatan negara?

Kenapalah cetek sangat pemikiran menteri kita ni? aku walaupun bodoh tak sekolah tapi sekurang-kurangnya aku tau memikir berbanding menteri yang hebat tapi pikir ntah apa-apa?

Perlukah kita bagitau kita nah tubuhkan pasukan Tentera Cyber ni?

KARPAL SIGH Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya

$
0
0

YB Karpal Sigh Disahkan Meninggal Dunia. Berita dari pemimpin Pakatan Rakyat Yb Shamsul Iskandar melalui Twitter.. 



Kilang Arak Tidak Dikenakan Catuan Air?

$
0
0
Masalah bekalan air di Selangor dilihat semakin meruncing dengan catuan yang berterusan oleh Kerajaan Selangor.

Paling terasa dengan catuan itu selain penghuni rumah adalah peniaga yang terpaksa menggunakan pinggan dan cawan pakai buang yang secara tidak langsung telah meningkatkan kos peniaga terbabit.

Bila kos meningkat maka ada dikalangan mereka yang terpaksa menaikkan harga barang makanan dan ada yang terpaksa tutup kedai kerana tidak mampu menghadapi dugaan kali ini yang disebabkan oleh kegagalan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor.

Mana-mana peniaga yang menjadi penyokong tegar kepada Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat terpaksa menanggung malu dan azab akibat catuan air yang amat menyeksakan ini.


Dalam 2-3 hari kebelakangan ini kecoh diperkatakan tentang kilang Nestle yang kerugian hampir 15 juta akibat catuan tetapi yang menjadi persoalan mengapakah "KILANG ARAK CARLSBERG" tidak menghadapi masalah yang sama.

Apa kelebihan dan keistimewaan Kilang Arak berkenaan hinggakan catuan air tidak dikenakan kepada mereka?

Begitu juga dengan cerita "DIA HENDAK MANDI DI RUMAH MB" yang dibawakan oleh blog Mazidul Akmal baru-baru ini (KLIK SINI) yang memaparkan kisah seorang lelaki bujang yang menetap di kelangyang mahu mandi di rumah MB Selangor kerana tiada air dirumahnya.

"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk,"

Itu antara keluh rakyat Selangor yang merasakan tidak adil baginya bila rumah Menteri Besar yang mengarahkan bekalan air dicatu tetapi di rumahnya sentiasa ada air.

Begitulah cerita air yang semakin membebankan rakyat Selangor. Kerana kerakuasan politik, kuasa dan wang mereka yang memerintah langsung tidak peduli akan nasib rakyat.


Rafizi cuba bunuh syarikat Bumiputera..

$
0
0

PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan sekarang ini.

Tindakan beliau juga merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan syarikat berkenan.

Rafizi juga memilih perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon geran daripada MOSTI.

Saya berkesempatan bertemu dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus milik Bumiputra ini

NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usahasamadimana 25% pegangan sahamnya dimiliki oleh Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.). Baki 75% pegangan sahamnya dimiliki oleh 2 orang pakar tempatan iaitu En. Azhar bin Anuar dan En. Shahrul Sazali bin Ahmad Safian yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy (tenaga boleh diperbaharui).

Syarikat inijuga merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi tinggi yang mula beroperasi sejak tahun 2002 dan memegang 5 hakcipta yang dipatenkan menerusi MyIPO. Selain daripada itu, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari sudut teknikal dan teknologi perintis termasuk melalui Bioeconomy Transformation Programme (BTP)yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dimana syarikat ini telah berjaya melepasi penilaian intensif selama 6 minggu berturut-turut dalam bioeconomy lab yang dinilai oleh pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.

Pengiktirafan dan justifikasi dari sudut teknikal, teknologi hijau, prospek komersil dan risiko pelaburan juga telah dinilai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain daripada agensi perunding antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 21 April 2014 bertajuk “Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Urusan Geran MOSTI, Anugerah RM100 Juta Kepada Projek Komersil”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/perdana-menteri-campur-tangan-dalam-urusan-geran-mosti-anugerah-rm100-juta-kepada-projek-komersil/
Para 1 dan 2:

`Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Md Diah semalam yang menafikan berlakunya salahguna dalam pengurusan geran R&D MOSTI menunjukkan beliau sendiri tidak arif dengan perkara yang berlaku di bawah kementerian beliau.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bahawa setiap geran R&D perlu melalui proses penilaian yang ketat. Proses itu turut melibatkan pembentangan kepada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kumpulan pakar’.

Itu kata Rafizi,hakikatnya kenyataan daripada Timbalan Menteri MOSTI adalah merujuk kepada artikel lain di laman blog Rafizi yang bertarikh 15 April 2014 yang menuduh MOSTI tidak bertanggungjawab terhadap agihan geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Artikel berkenaan langsung tidak menyebut tentang geran kerajaan kepada NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.


(rujuk: http://rafiziramli.com/2014/04/tiada-seliaan-ketat-dan-pertanggungjawaban-dalam-geran-mosti/)

Para 3 dan 4:

`Saya boleh mendedahkan bahawa salah satu geran yang terbesar pernah diberikan di bawah skim geran R&D MOSTI ini adalah hasil campur tangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri itu.

Saya sertakan surat kelulusan dari Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd yang secara terang-terangan menunjukkan bagaimana keputusan mengenai geran R&D dibuat dan diluluskan dengan arahan dan campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak’.

Sebenarnya lampiran surat daripada MOSTI yang disertakan di dalam artikel berkenaan langsung tidak mencatatkan tentang Skim Geran R&D oleh kerana skim geran berkenaan kebiasaanya digunakan untuk permohonan pembiayaan penyelidikan daripada syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukan hanya telah selesai melalui fasa R&D, malah telah berjaya menyiapkan projek seumpamanya di Sabah. Syarikat ini juga telahpun bersedia untuk memulakan operasinya untuk projek biomass berasaskan kayu serpai (wood chip) yang dicadangkan di Kerteh Bio-Polymer Park, Terengganu melalui pelaburan awal setakat inisebanyak RM 44.5 juta dengan pinjaman sebanyak RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Pelaburan ini telah membolehkan syarikat tersebut memetrai pejanjian bernilai RM 700 juta dengan syarikat konglomerat dari Korea dan Perancis untuk pembekalan steam bagi tempoh konsesi asas 10 tahun. Ia juga menjadi faktor utama menjayakan pelaburan mereka berjumlah RM2 Billion di Kertih Biopolymer Park Terengganu.

Bersandarkan kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur luar negara terhadap syarikat ini, rundingan susulan untuk membekal renewable energykepada beberapa syarikat konglomerat luar negara yang lain di Gebeng Industrial Estate, Pahang berada dalam proses akhir rundingan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat yang 25% sahamnya turut dipegang oleh kerajaan, maka syarikat ini telah memohon kepada pihak MOSTI sejumlah peruntukan untuk membiayai pembangunan projek tersebut.

Rafizi tidak akan dapat mendatangkan bukti untuk menunjukkan PM Najib “mengarah” ataupun “campur tangan” di dalam proses kelulusan geran ini. Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan S.O.P. Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.

Para 5, 6 dan 7:

`Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersil yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja. Ini bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI seperti berikut:

1. Geran R&D diberikan dalam jumlah yang kecil bagi satu projek/geran. Geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF)

2. Geran R&D diberikan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta..’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Rafizi.

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Para 8:

`Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?’

Rafizi sepatutnya membangkitkan dan menjelaskan “sekiranya ada” mana-mana syarikat yang mempunyai pengiktirafan dan keupayaan teknologi serta track-record seperti NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. yang telah gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pembiayaan.Persoalan yang seharusnya berbangkit bukan kenapa NSE Resource memperolehi geran tersebut; sebaliknya “syarikat Melayu” yang mana yang selain NSE Resource yang sepatutnya memperolehi geran tersebut? Maka, jawabnya, tidak ada.

Para 9:

`Oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberikan ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran…;

Kenyataan ini menunjukkan Rafizi gagal dan tidak tahu menahu berkenaan 25% pegangan saham oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP). Pegangan saham berkenaan akan membolehkan kerajaan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.

Para 10 dan 11:


`Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion.

Saya menunggu penerangan dan penafian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin mengenai pemberian dana RM100 juta ini kerana saya ada dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap…’

Dana RM 1.1 billion yang dinyatakan oleh Rafizi adalah Skim Dana R&D yang disediakan untuk pembiayaan penyelidikan syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi. Ianya tidak bersangkut-paut dengan geran kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

Jelasnya, PM Najib tidak “campurtangan” atau “memberi arahan” untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung bedasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk :-

i. menjayakan Bioeconomy Transformation Programme (BTP) dan mengupayakan syarikat-syarikat berkaitan teknologi hijau.

ii. membina imej negara Malaysia sebagai peneraju dalam bidang bio-teknologi dengan menyediakan fasiliti pengeluaran renewable energymenggunakan biomass (serpai kayu) yang berskala besar mencecah 180 ton sejam steam atau 60 MW tenaga.(Fasiliti penjanaan tenaga biomass yang terbesar di Eropah hanya boleh menjana sebanyak 144 ton sejam steam)

iii. menjimatkan sehingga RM 1.6 billion peruntukan subsidi dalam jangkamasa 10 tahun sekiranya gas asli digunakan untuk menjana steam di kawasan-kawasan kilang yang dinyatakan diatas.

iv. membolehkan syarikat-syarikat konglomerat asing yang datang melabur di Malaysia mengurangkan kos tenaga elektrik dalam sekaligus menarik pelaburan asing (FDI) berjumlah sekitar RM 7.0 billion.

Serangan sembrono oleh Rafizi Ramli secara jelas menampakkan kejumudan pemikiran kerana terikat dengan cara lama pembangkang yang mengkritik apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada pujian dan pengukuhan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Kegagalan beliau untuk mengenalpasti dan mempertimbangkan projek-projek yang berupaya menjadi kebanggaan negara (national pride) menunjukkan kedangkalan akal fikirannya.

Jika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya membangunkan Proton sebagai satu-satunya pengeluar kereta dari kalangan negara Islam sehingga negara Malaysia dikagumi di seluruh pelosok dunia, projek renewable energy berasaskan biomass ini berupaya mengangkat nama negara di mata dunia dari sudut penguasaan teknologi hijau, membangunkan pengusaan ekonomi bio, sekaligus menaikkan nama Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai seorang tokoh negarawan yang hebat dan berpandangan jauh. Perkara seperti inilah yang sebenarnya paling ditakuti oleh pembangkang kerana mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan “The Second Mahathir”.


Rafizi berniat jahat terhadap PM...

(Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 22 April 2014 bertajuk “Dana R&D Disuntik Ke Projek Komersil Yang Tidak Mendapat Keyakinan Bank”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/

Para 1:

`Saya sertakan utusan surat-menyurat di antara pemohon (NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak lanjutan dari pendedahan semalam bagaimana dana untuk tujuan R&D telah digunakan untuk membiayai projek komersil…’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Y.B. Rafizi.

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik terhadap syarikat ini.

Para 2 hingga 5:

`Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa: 1. Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI

2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh

3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources…’

Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi, tidak ada langsung ayat yang berbaur “arahan” yang dicatatkan. Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri diatas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:

“Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai.”

Merujuk perenggan (7) dan (8) di dalam surat permohonan geran, bantuan geran yang dipohon ini bukan hanya tertumpu kepada pelaburan syarikat ini di Kerteh, Terengganu; sebaliknya juga untuk memenuhi permintaan renewable energy di Gebeng, Pahang.

Tuduhan yang mengatakan kontrak yang dimeterai oleh NSE Resource “tidak melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan” adalah pembohongan yang melulu. Harus diketahui, permohonan ini dibuat oleh syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.yang mana 25% sahamnya dipegang oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). Pegangan saham ini bermakna pihak kerajaan akan turut mendapat pulangan sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan.

Harga pembekalan RM55 satu tan dan berasaskan teknologi hijau menjadikan tarikan utama kepada pelaburan asing (FDI). CJ-Arkema telah memilih melabur di Malaysia sebanyak RM2 Billion berbanding Thailand atau pun Brazil.

Para 6:

`Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini…’

Dalam perenggan (7) surat permohonan geran daripada NSE Resources, terdapat kenyataan “kekangan kewangan” yang membawa kepada fitnah dan tohmahan oleh Rafizi kononnya projek ini “tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank”.

Perenggan (7) seharusnya dibaca bersama dengan perenggan (8) yang mencatatkan: “sepertimana yang pihak Y.A.B. Dato’ Seri sedia maklum”, yang memberi gambaran bahawa suatu penjelasan yang lebih terperinci telahpun dibuat kepada Perdana Menteri.

Untuk makluman, syarikat ini telah menerima pinjaman berjumlah RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2013 untuk membangunkan fasa-2 yang kini telah 93% siap. “Kekangan kewangan” yang dimaksudkan pada perenggan (7) ialah keperluan modal tambahan bagi menampung pembangunan strategik fasa ke-3 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa memberi penjelasan kepada Perdana Menteri.

Para 7:

`Sewajarnya, Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.,,;

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Rafizi.

Berhubung dengan pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri, rujuk ulasan untuk Para 10 dan 11 dalam artikel terdahulu.

Para 8 dan 9:

`Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:

1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan biasa yang ada di pasaran..’.

Teknologi yang diguna pakai dibangunkan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu membabitkan fabrikasi dandang steam 100% tempatan dan pembangunan pada skala besar gasifier yang 100% pengeluaran tempatan. Tindakan ini telah menyelamatkan pengeluaran wang keluar ke negara asing berjumlah tidak kurang dari RM360 juta.

Ianya juga telah menaikkan imej fabrikasi dan kebolehan kejuruteraan membangunkan alat berasaskan tenaga hijau ke mata dunia apabila syarikat konglemerat asing seperti CheilJedang Corp Korea dan Arkema SA Perancis telahmemeterai perjanjian jangka panjang pembekalan steam dengan NSERC.

Para 10:

`2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu…’

Kilang CJ Arkema adalah kilang pengeluaran Methionine hijau yang pertama seumpamanya didunia. Pengeluaran steam oleh PETRONAS CUF berasaskan gas asli mempunyai nilai karbon yang tinggi serta dibekalkan pada harga minima RM70 setan pada kadar gas asli di “subsidi” iaitu RM16.07 per mmBTU (dimana PETRONAS sepatutnya boleh menjual keluar negara pada harga RM45 per mmBTU) menjadikan projek ini tidak “viable” di Malaysia.

NSERC mampu mengeluarkan steam hanya pada RM55 se tan menggunakan biomass serta mempunyai nilai karbon yang rendah menjadikan keseluruhan rantaian pengeluaran yang jauh lebih hijau dan viable untuk pelaburan di Malaysia berbanding di Thailand atau Brazil oleh CJ Arkema.

Para 11 hingga 13:

`Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.

Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan…’

Sekiranya benar ada keraguan terhadap prospek untung rugi syarikat ini, bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad boleh memberikan pinjaman sehingga RM 20.4 juta?


Ketika Tun. Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menggunakan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan Proton, bukan hanya pihak bank yang meragui keupayaan Proton untuk mencatatkan keuntungan, tetapi juga pihak pembangkang yang menganggap projek kereta nasional itu sebagai suatu pembaziran dan tidak menguntungkan. Akan tetapi, apabila kedudukan Proton mula mengukuh dalam pasaran automotif tempatan, bukan hanya pihak bank memberikan kepercayaan, tetapi juga pihak pembangkang sendiri memilih untuk membeli kereta Proton. Begitulah realiti dan perumpamaan untuk mana-mana syarikat yang membawa suatu produk baru ke dalam masyarakat.

Berkenaan saringan teknologi, syarikat ini telahpun melalui beberapa saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, syarikat ini juga telah memperolehi pengiktirafan daripada Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dan pengesahan industri hijau daripada PricewaterhouseCoopers (PwC). Dengan fitnah yang menggugat kredibiliti syarikat tersebut oleh Y.B. Rafizi, syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM 200 juta terhadap beliau dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, Rafizi telah masuk ke dalam jerat yang diciptanya sendiri. Pada kali ini, dengan dokumen-dokumen bukti yang ada di pihak syarikat, Rafizi akan berhadapan dengan kes saman fitnah dan buruk sangka yang akan mengeheretnya jatuh ke lubang kubur yang digalinya sendiri. Ini kerana, segala-galanya adalah fitnah yang berpandukan maklumat yang salah dan tersasar. Tidak ada satupun dokumen bukti yang dapat menunjukkan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam urusan ini. Kenyataan-kenyataan yang dibuat lebih menjurus kepada tohmahan liar, sangkaan buruk dan hati perut busuk untuk mengkhianati syarikat yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang berpotensi mendapat bantuan kerajaan. Rafizi dicadangkan meminum perfume sebagai cubaan untuk mewangikan kembali hati perutnya.
Walaubagaimanapun, pokok persoalannya, kenapa Rafizi membangkitkan isu ini?

Adakah terdapat saudagar-saudagar dari bangsa lain yang memainkan peranan supaya isu ini dicipta dan dibangkitkan oleh beliau?

Selepas 28 Tahun, Ibrahim Libya Sah Mati Sia-Sia... HUDUD PAS Dimana?

$
0
0


Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.

Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing dan semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang.

Persoalan paling besar dalam hal ini adalakah PAS berani melaksanakan HUDUD tersebut jika sudah berkata susasana harmoni dalam Pakatan Rakyat akan terus dipelihara sedangkan kita tahu bahawa Pakatan Rakyat sendiri dalam perjuangannya sama sekali tidak akan membenarkan HUDUD itu terlaksana dalam pakatan mereka.

Cuba ingat kembali...

Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.

Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS. Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.


Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan. Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-


“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”

Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.
PAS hari ini lebih mementingkan keharmonian Pakatan walaupun jelas ianya melanggar etika perjuangannya sebelum ini yang telah mengorbankan nyawa dan mendatangkan pecah belah dalam Islam.
Jangan tunding jari kepada orang lain, salahkan orang lain atau kafirkan orang lain sebaliknya buktikan....
Sedangan baru mengemukan cadangan hendak melaksanakan sudah ditentang habis-habisan oleh Pakatan sendiri bagaimana pula mahu menuduh orang lain tidak mampu melaksanakan... sekarang rakyat mahu lihat PAS itu Agama dulukah atau Pangkat, darjat dan harta dulukah?...

Tak Dapat Pukul Polis Diraja Malaysia... Pukul Polis PAS Pon Bolehlah!!!

$
0
0
Selepas semakin heboh kisah peegaduhan penyokong SAMM dan petugas Unit Amal PAS maka terpaksalah mereka mengalihkan perhatian yang kononnya memulakan pergaduhan itu adalah orang yang tidak dikenali.

Kali ini tiada polis nak dipersalahkan sebaliknya yang menggantikan tugas polis adalah budak-budak Unit Amal PAS dan terbukti mereka tidak boleh mengawal keadaan. Kalau dulu pukul Polis tapi sekarang Pukul Polis PAS.. (kira polis jugalah tu).


Cerita kononnya ada pasukan tidak dikenali menyertai Himpunan GST itu disebarkan oleh Harakah Daily kononnya untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.

Dikenali atau tidak, mereka harus bertanggungjawab kerana merekalah yang menganjurkan Himpunan yang tiada faedahnya kerana pihak yang membantah tidak tahu apa yang dibantah. Mereka langsung tidak tahu apa itu GST, bagaimana dilaksanakan, siapa yang dikenakan cukai dan siapa yang untung tau rugi jika GST dilaksanakan.

Mereka hadir untuk berseronok, terpengaruh dengan kebangkitan rakyat yang akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan. Kini bibit-bibit kekacauan semakin terasa bila penganjur sendiri tidak mengenali pasukan yang menyertai mereka.

Bila kekecohan berlaku hingga mendatangkan kecederaan atau maut siapa pula nak dipersalahkan?.. Mereka yang membawa kumpulan terbabit dan merekalah yang mencipta kekecohan itu kerana puncanya adalah mereka yang sengaja mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara kotor dan tidak bertamadun.

Nanti bila negara ini sudah hancur, kerajaan ini telah tumbang maka jadilah ia seperti negara-negara yang mereka jadikan contoh. Berjayakan negara-negara itu membangun? bertambah baikkah kehidupan mereka? atau dapatkah apa yang rakyat mahukan?...

Mungkin lebih mudah berbicara dengan binatang yang memang dilahirkan sebagai binatang berbanding daripada dengan manusia yang dilahirkan menjadi manusia tetapi berperilaku seperti binatang. 

Bangkai MH370 di kesan pantai Timur Vietnam

$
0
0


LONDON 3 Mei - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya.

Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7, Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya. - Agensi


Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu #Muhasabahdiri #1Malaysia @azwanbro @khairykj

$
0
0
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun yang menyatakan Kabinet bersetuju untuk menggugurkan ruangan identiti kaum seperti di dalam semua borang jabatan kerajaan telah mendatangkan kemarahan banyak pihak terutamanya dari Orang Melayu.

Belum sempat reda kemarahan itu maka timbullah pula kenyataan yang lebih mendatangkan kemarahan iatu dari Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun  sendiri. 
Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu #Muhasabahdiri #1Malaysia 

Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun

Itulah kenyataan dalam Twitter beliau yang seolah-oleh merendahkan mertabat kaum Melayu..

Memang benar kita akui ruangan bangsa itu bukan penentu tetapi sebagai Anak Melayu, bangsa Melayu kita telah menerima banyak manfaat daripada ruangan bangsa di dalam borang tersebut. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Tanah untuk Orang Melayu, Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan, Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa, Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Bantuan Ekonomi, Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan semua keistimewaan itu berbaloikah kita menghilangkan ruangan bangsa atau kaum dalam borang tersebut? Kita bukan "Rasist" tetapi ini adalah hak kita!!

Merujuk kembali kepada kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, saya mengambilnya dari sudut positif dimana apa yang diungkapkannya itu jika diamati ada juga maknanya yang penting buat Bangsa Melayu Sendiri.

"Survival Bangsa & Kejayaan"hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan tabah. Mengisi borang dengan meletakkan nama "Melayu" saja di situ tidak cukup untuk memberikan apa yang kita mahu apatah lagi kejayaan.

Bangsa Melayu harus berusaha lebih gigih untuk menyaingi bangsa lain yang kian jauh meninggalkan kita.

Berkenaan dengan keputusan samada untuk meletakkan atau membuang ruangan itu biarlah kita serahkan kepada kebinet untuk memutuskan tetapi bagi pihak kita yang berbangsa Melayu bangkitlah dari tidur dan kita usahakan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan bangsa. Kita rapatkan 'saf' kita jauhkan perbezaan da kita elakkan pertelingkahan kerana ianya tidak memberi searang makna...





Rakyat Selangor Tak Bodoh Nak Teguk "AIR LOMBONG!!!"

$
0
0

Kerajaan Negeri Selangor melalui  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan, Inftrastruktur Dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi mengakui bingung dengan tindakan beberapa pihak termasuk media konvensional yang kononnya memberikan maklumat salah berhubung bekalan air negeri itu sehingga menimbulkan keresahan awam.

Kerajaan negeri mengecam laporan akhbar New Strait Times semalam yang mendakwa kononnya air bekas lombong yang dipamkan ke Sungai Selangor tidak selamat. Mereka dikatakan memberikan laporan yang amat berbeza dengan laporan penuh yang diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang mendapati air bekas lombong itu selamat untuk pengguna.

Saya merasa amat pelik dengan kenyataan itu sebenarnya, marah pula bila ada orang menegur atau mengatakan apa yang mereka buat itu salah.

Dalam kes Lynas apabila kerajaan ditentang habis-habisan hinggakan ada kes jumpa ikan berkepala dua sedangkan projek itu masih belum dilaksanakan tidak pula mereka memikirkan kesan dan mengkaji sebelum mereka memfitnah.

Ini kerajaan jenis apa? Dalam parti pakatan mereka jika ada apa-apa yang dibuat oleh kerajaan maka semua itu aadalah salah dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat, tetapi bila orang lain berbuat demikian ke atas mereka maka perbuatan itu tidak boleh diterima dan dianggap salah.

Dalam kes GST contohnya, mereka tanpa mengkaji telah memutarbelitkan fakta hingga kononnya rakyat akan ditimpa bencana jika GST itu dilaksanakan. Mereka menghimpunkan manusia-manusia untuk membantah tetapi bila ditanya apa itu GST mereka langsung tidak tahu.

Pakatan Rakyat menggunakan Rakyat yang dalam kesempitan dan keresahan untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Rakyat diperbodohkan untuk mencapai matlamat mereka.

Tetapi kali ini Rakyat Selangor sudah tidak bodh seperti dulu, mereka tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka tidak akan dibodohkan dengan angka dan fakta auta yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi membodohkan mereka lagi.

Kerajaan Negeri jangan cepat melompat. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kebodohan sendiri. Rakyat Selangor tak sebodoh itu untuk meneguk AIR LOMBONG!!

Presiden Gerakan sah calon BN PRK Teluk Intan

$
0
0

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan perkara tersebut berkata bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu adalah pilihan yang sesuai kerana telah lama berkecimpung dalam politik dan mengenali hati pengundi di kawasan itu.

“Walaupun pada pilihan raya (umum) lepas beliau mengalami kekalahan, (dan) saya fikir ini adalah kebangkitan semula parti Gerakan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN serta melancarkan jentera BN bagi PRK Parlimen Teluk Intan di sini, hari ini.

Mah, anak jati Teluk Intan pernah menjadi anggota Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah lulusan ijazah sarjana muda sains dari London School of Economic dan sarjana dalam bidang pembuatan dari City University London, serta ijazah perundangan (LLB) dengan kepujian dari University of East, London.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Muhyiddin berharap lebih 60,000 pengundi di Parlimen Teluk Intan akan memberi peluang kepada Mah untuk menjadi wakil mereka kerana beliau adalah calon tempatan yang dikenali dan mengetahui isu dan permasalahan penduduk kawasan itu.

“Kita percaya di peringkat negeri di bawah pimpinan Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) adalah lebih mudah jika wakil rakyat daripada BN.

“(Jika) Mah di peringkat Parlimen, hubungan dengan kerajaan pusat akan akrab, ini akan memberi kelebihan kepada beliau untuk atasi masalah penduduk di sini,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP yang menang dengan majoriti 7,313 undi pada PRU13, Muhyiddin berkata: “Saya rasa kalau semua anggota BN bergerak untuk menemui setiap pengundi, kita yakin boleh mencapai kemenangan.”

Beliau berkata BN mengetahui kekuatan serta kelemahan di setiap pusat daerah mengundi berdasarkan keputusan pilihan raya umum lepas.

“Kita letakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu sasaran realistik supaya jentera parti yang bergerak di setiap peringkat tahu apa matlamatnya dan berapa ramai pengundi harus mereka dapatkan di kawasan itu,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina, Muhyiddin berkata BN berharap akan berlaku berubahan yang ketara seperti PRK Dun Kajang.

“(Di Dun Kajang) sudah ada anjakan positif dari sokongan masyarakat Cina kepada kepimpinan MCA yang baharu di bawah Liow (Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai), saya jangka hal yang sama akan berlaku di sini, walaupun tahu itu satu cabaran,” katanya.

Berhubung DAP yang meletakkan calon wanita, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan, Muhyiddin berkata: “Saya tidak mahu perkecilkan calon mereka. Nanti ada pihak kata kita menidakkan kaum wanita,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata PRK ini sekali lagi akan menjadi platform pembangkang untuk membuat tohmahan termasuk membangkitkan isu seperti ekonomi, kos sara hidup dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).

Muhyiddin berkata semua perkara yang akan dibangkitkan oleh pembangkang akan dijelaskan secara terperinci kepada rakyat supaya mereka tidak terpedaya dengan helah pembangkang.

Beliau berharap dalam tempoh yang singkat ini, jentera BN dapat bergerak sepanjang masa bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei ini dengan disusuli pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei.

Sejadah Dijumpai Duduk Tahiyat Akhir Seperti Sedang Solat.

$
0
0

Sehelai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat duduk Tahiyat Akhir.

Aku yang baru pulang dari Telok Intan, Perak malam tadi dikejutkan dengan panggilan telefon yang memberitahu di rumahnya ada sejadah duduk Solat Tahiyat Akhir. Terkejut dengan maklumat tersebut, aku dan seorang rakan terus pergi ke rumah beliau.


Sampai dirumah jiran rumah Arwah Mak aku, aku terus disambut oleh Saudara Aman Omar dan menjemput masuk melihat sendiri kejadian tersebut.

Menurut tuan rumah, Saudara Aman Omar,  kejadian itu dimaklumkan oleh adik iparnya yang secara tidak sengaja terjumpa sejadah tersebut apabila membuka lampu bilik, sejurus selepas anak saudaranya habis solat.

"Bila dia, Zaleha (adik ipar) mahu buka lampu bilik, dia terperasan sesuatu nampak seperti tangan di dalam bilik yang gelap itu. Apabila lampu dibuka dia terkejut bila nampak sejadah tertegak seperti dalam keadaan duduk Tahiyat Akhir dalam solat. kata Aman ketika ditemubual.

Kejadian tersebut berlaku di Kampong Tanjong Keramat, Kuala Selangor. (Depan Tasik dekat Makam Anak Dara)

Keadaan Sejadah kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi kami tiba tadi.

Memang pelik dan mungkin ada ramai yang tidak percaya tetapi aku hanya melaporkan apa yang aku lihat. Percaya atau tidak terpulang kepada invidu tetapi bagi aku jika Allah SWT mahu menunjukkan kuasanya memang tiada yang mustahil kerana Dialah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui Segala-galanya.

#TelukIntan Sejarah dan Latarbelakang #PRKTelukIntan

$
0
0

Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak.

Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.

Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun.

Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting.

Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut.

Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Asal - Usul Nama Teluk Intan

Teluk Mak Intan.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Info lain:

Nama asalnya ialah Teluk Mak Hitam.

Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan
Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Bentuk Muka Bumi

Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak diTeluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau .

A
Panduan ke Teluk Intan
Ada 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan

1. Dari arah Plaza Tol Tapah, Tapah Road, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.


2. Dari arah Plaza tol Bidor dan Kuala Lumpur.


3. Plaza Tol Kampar dan Kuala Lumpur.


4. Dari arah Hutan Melintang, Sabak Bernam dan Bagan Datoh serta Kelang.


5. Dari Sitiawan dan Lumut melalui Lebuh raya Kayan.

Tempat-tempat Menarik
Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar , sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.
Beting Beras Basah

Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku.

Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah

Jeti Bagan Datoh



Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Jeti Bagan Datoh. Ia adalah tempat yang sesuai untuk beristirehat di Teluk Intan, juga dilengkapi dengan kemudahan tempat makan.


Menara Condong Teluk Intan

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.

LOKASI:

Menara Jam ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

ANGGARAN KOS:

Tidak diketahui.

TAHUN DIBINA:

1892

ARKITEK:

Tidak diketahui tetapi mengikut rekod "A Hundred Years Of Ceylonese In Malaysia and Singapore" (1867-1967), Mr. S. Sabapathy (Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan, membantu dalam pembinaan ini.

SENARAI PENDERMA:

Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.

Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.

TUJUAN DIBINA:

Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:

Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau

Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)

Sebagai penentu waktu "Time Keeper" dan mercu tanda bandar Teluk Intan.

SEJARAH PEMILIKAN:

Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini dahulu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatis menjadi milik negara dan kini ia dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan pula oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan musuh.

SEJARAH PENGGUNAAN / PENYEWAAN:

1940 - Pejabat Pengakap di tingkat 2.
1977 hingga 1992 - Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family Planning Board)

DISKRIPSI GAYAPURA:

Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah "Pagoda". Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.

Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

FAKTOR KECONDONGAN:

Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


















































Kenali Siapa Dyana Sofya "Pejuang Dasar DAP Untuk Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu"

$
0
0

1. Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

2. Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.

3. Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja"

4. Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini"

5. Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

6. Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab sudah tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu” jelas Lim Kit Siang hasil Melayu Gelang Patah.

7. Dyana Sofya pula berpendapat: “Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang? Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini."

#NadiRakyat
#PRKTelukIntan


DYANA SOFYA "Ini Semua Salah UMNO!!"

$
0
0

DYANA SOFYA

Macam mana Dyana Sofya umur 24 tahun dah masuk DAP walhal ibunya penyokong tegar UMNO...??

Umur 27 dah bertanding pilihanraya bawah tiket DAP, memandangkan dia baru 3 tahun sahaja menjadi ahli..?

Lulusan UITM dimana dia masuk kuota Melayu dan sekarang dia hina kuota Melayu.

Bagaimana jadik begitu..?

INI MEMANG SALAH UMNO.

Cuba you imagine kalau Dyana masuk Puteri UMNO...sekarang ini dimana dia..?

Paling kuat setiausaha cawangan sahaja. Tapi saya rasa dia masih ahli biasa sahaja.

A waste of talent.

Bercakap pasal talent...you ade tak baca article Dyana..?

Saya baca artikel dia pasal memasak.

Pasal politik, women's right, Nation tak de.

ZERO.

Kalau siapa ade artikel Dyana ni tolong bagi link pada saya.

Apa BN buat pada talent orang muda yang tiada connection pada Pembesar UMNO..?

Appreciate tak..??

Ade ke orang UMNO naikkan golongan muda-mudi terutamanya dr golongan bukan Melayu dan Melayu itu sendiri supaya kareer politik mereka dilajukan sebab mereka pandai dan tunjuk potensi untuk menjadi pemimpin yang baik..??

Langsung tak de bukan..?

Tolong jangan cakap dengan saya Khairy Jamaluddin pasal kalau bapa mertua dia bukan bekas PM, paling tinggi dia sekarang setiausaha politik satu menteri.

You tengok dalam FB ini seperti Sya Shen Yee Aun dan Tai Zi kern, Lim Sian See, Danny Liew dan penulis-penulis Saya Sayang Tun Mahathir dan kelab Che det.

Imagine orang-orang Cina dan Melayu ini setia pada kerajaan dan melawan almost single handedly red bean army DAP.

Apa hadiah mereka..?

Nak dapat 'Thank You' note dari PM pun payah.

You dah baca artikel dr mereka..??

Dah masuk surat khabar.

Jauhlah lebih banyak dan berkualiti drp Dyana.

Apa BN buat pada orang-orang sebegini...?

Jangan haraplah nak naikkan menjadi setiausaha politik seperti Lim Kit Siang buat pada Dyana yang kurang talent daripada mereka ini.

Nak beri pertolongan pun susah.

Kenapa ini berlaku..?

Sebab BN ini lembab dan menganggap kalau orang seperti ini masuk BN atau MCA..mereka akan mengugat orang MCA dan UMNO yang dah tua bangka drp merebut dan mendapat jawatan.

INI PUN SALAH BN.

Tolong you jangan kutuk secara peribadi Dyana dan DAP.

Sekurang-kurangnya nampak mereka bergerak kehadapan.

Samaada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang itu benar-benar tulus membenarkan wanita Melayu berumur 27 bertanding atas tiket DAP itu lain cerita.

Pokoknya Dyana itu percaya pada Lim Kit Siang.

Saya melihat ibunya yang menjadi ahli UMNO berbelas tahun pun percaya pada ketulusan Lim Kit Siang.

You tak percaya, you punya pasal.

Saya memang menyokong Dyana menang di Teluk Intan walaupun saya penyokong kerajaan.

Yes, I hope she wins. Walaupun dia tak pandai tulis artikel.

Sebab BN ini kalau tak kena tamparan tak pernah sedar.

Kalau Dyana berjaya..you ingat DAP tak dapat menarik lagi orang-orang Melayu..??

Berduyun-duyun bebeh.

Masa itu..menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.

Siap sedia PRU14, BN jadik pembangkang.

#NadiRakyat #PRKTelukIntan

Allah Menguji Pengundi Islam PAS... Dyana Tolak Hudud Apa Kata PAS?

$
0
0

Bismillah Alhamdulillah.....

PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional terus konsisten dengan semangat setiakawan apabila terus meletakkan calon Cina GERAKAN walaupun ada desakan secara dalaman supaya UMNO diberi tempat bertanding pada kali ini.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakan calon Melayu bertanding pada PRK kali ini.

DAP optimis yang mereka akan perolehi undi yang besar dikalangan orang Cina tanpa melihat siapa calon, dan disebabkan itulah calon Melayu perlu diketengahkan oleh DAP jika mahu memecahkan undi Melayu dalam PRK ini.

3 hari sebelum pengumuman calon, DAP beria-ia menyerang dan berkempen di beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu antaranya Kampung Bahagia, ini tidak lain hanyalah untuk pecahkan undi Melayu.

Sebaliknya, dalam tempoh 3 hari itu juga kawasan Pasir Bedamar iaitu majoriti besar pengundi Cina dalam Parlimen Teluk Intan bagaikan tidak berlaku PRK. Jam 10.00 malam rumah pengundi-pengundi Cina telah tutup lampu. Kempen PRK tidak berlaku di sana.

Bijak strategi DAP. Tetapi saya tetap percaya ini juga takdir Allah. Dyana Sofia terpilih sebagai calon DAP juga adalah takdir Allah. Kita tidak perlulah mengulangi acap kali yang Dyana adalah pembelot mahupun pengkhianat. Barangkali dia juga tidak duga apa yang telah berlaku.

Saya tertarik dengan situasi di Teluk Intan ini. Saya beranggapan, Allah sedang menguji pengundi PAS yang selama ini menuduh UMNO adalah parti kafir dan jahil.




Selama ini, setiap kali PRU PAS akan dendangkan hukum hudud dipentas ceramah. Apa ayat dalam ceramah PAS? "UMNO tolak hudud, hudud hukum Allah, ini bermakna UMNO tolak Allah dan siapa mengundi UMNO menempah tempat ke neraka".

Ayat itulah berulang kali dimainkan oleh penceramah PAS untuk memburukkan UMNO biarpun UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan menolak hukum Hudud.

Apa yang berlaku di Teluk Intan? Dengan izin Allah, calon yang mewakili parti DAP adalah Melayu. Calon ini juga secara terang mengeluarkan kenyataan menolak hudud dan akan berjuang dalam Parlimen untuk tidak menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia.

Sebagai penyokong PAS, apakah mereka tidak sedar yang ini adalah ujian Allah untuk dibuat pertimbangan secara rasional. Jika dulu beria benar mereka kata UMNO jahil kerana tidak menyokong hudud, tapi hari ini calon pihak mereka yang juga Melayu Islam menolak hukum Allah.

Saya yakin, jika Dyana menang di Teluk Intan dengan membawa mesej "menolak hudud", ini menjadikan DAP lebih kuat untuk terus menentang hukum di Malaysia. Apa tidaknya??? Dyana secara terang berkempen menolak hudud, tapi ahli PAS tetap kibarkan bendera DAP dan berikan undi pada DAP.

Pada saya secara peribadi, PAS selama ini membohongi pengikutnya dengan hukum hudud. Harap ujian Allah di Teluk Intan ini membuka hati-hati masyarakat Islam bukan sahaja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia yang mengikuti perkembangan PRK Teluk Intan.

Rafi Awang Kechik
Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

#NadiRakyat #PRKTelukIntan #BNForTelukIntan

Budak Lepasan UiTM Semuanya Sampah dan Tak Laku di Pasaran Malaysia - Dyana Sofya #PRKTelukIntan

$
0
0

Budak lepasan UiTM semuanya sampah!! semua tak gun sebab UiTM hanya untuk melayu.. UiTM wajib dibuka kepada bukan Melayu kalau taknak lepasan Universiti itu menjadi sampah!! ...
Dyana Sofya sanggup merendah anak Melayu sendiri yang menjadi pelajar di UiTM, mengapa harus dia pertikaikan padahal selama ini UiTM telah menghasilkan anak Melayu yang berjaya?

Kerajaan telah menyediakan banyak Universiti dan UiTM adalah salah sebuah Universiti yang khusus ditubuhkan untuk anak Melayu dan Bumiputera.

Diatas sebab apakah kebencian beliau ke atas institusi yang pernah beliau mendapat didikan sehingga beliau berjaya mendapat segulung ijazah?

DAP Atur Game Mintak Melayu Kembali Ke Zaman 13 Mei #PRKTelukIntan

$
0
0


"Dap Orchestrated Racist Game and Finger-Point Ummo for Being Racism"

1. Taktik terkenal yg diguna pakai oleh LKS sehingga Tun M menggelarkan beliau chauvinist ini kelihatan hampir berjaya menghidupkan game racism dengan menggunakan Rayen sebagai pencetus di Pulau Pinang manakala Pemuda Umno sebagai sasaran kebencian rakyat terutama kaum Cina. 

2. Calon Dap P076 pula akan dijadikan objek bagi berselindung menolak racism di dalam Dap yg kononnya bersifat adil dengan mengenengahkan calon dari kaum Melayu.

3. Sasaran utama Dap adalah pengundi selain Melayu terutamanya Cina yang membentuk majoriti dengan membangkitkan semangat kaum Cina di samping memecah-belahkan undi kaum Melayu dengan kaedah penampilan calon berbangsa Melayu.

4. Demonstrasi yang dianjurkan Pemuda Umno setakat ini mendapat liputan besar-besaran media pro-pakatan dan disambut oleh media utama pro-kerajaan seperti Utusan.

5. Sudah dijangka parlimen Bukit Gelugor akan memperoleh kemenangan mudah tetapi Dap mensasarkan kemenangan yang lebih besar di Teluk Intan.

6. Elemen simpati dengan mendudukkan calon Dap sebagai calon underdog juga perlu diberi perhatian.

Sebarkan...

Lautan Manusia Serbu RTC Gopeng bersama DS Ismail Sabri | #DSIS @IsmailSabri60

$
0
0
Lautan manusia megiringi YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi lautan manusia dalam lawatannya ke Program Jihad memerangi Orang Tengah Subsektor Sayur/Buah di RTC Gopeng hari ini.

Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah amat dikagumi kerana ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi dalam sektor pertanian negara.

Orang tengah yang licik menindas menindas golongan petani dan memaksa mereka hidup di bawah paras kemiskinan yang serius.

TEKUN NASIONAL turut bersama dalam kempen Jihad Memerangi Orang Tengah
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tekad membanteras gejala tersebut. Ketokohan dan kebolehan Ismail Sabri sebenarnya sudah terserlah sejak dilantik menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada April 2009.

Dengan mengambil pendekatan jihad ianya adalah sesuatu yang serius.

Orang tengah yang menjadi pembekal sumber makanan dan perikanan ada di mana-mana seperti adanya kegiatan ah long di mana-mana. Ketamakan dan penindasan yang mereka lakukan menimbulkan keresahan pengguna dan kesusahan rakyat.

Bila kos harga barang naik mendadak, kuasa beli pengguna menjadi semakin kecil. Ini memberi kesan kepada taraf hidup masyarakat. Akibat kuasa beli yang kecil ia juga memberi kesan kepada komoditi bukan makanan dan perikanan juga. Peniaga dalam sektor industri yang lain turut menaikkan harga produk dan upah serta perkhidmatan mereka.


Orang tengah yang melakukan eksploitasi terhadap nelayan dan petani biasanya memikirkan keuntungan lebih daripada kesejahteraan rakyat. Fahaman kapitalis yang ada pada mereka cenderung melakukan penindasan. Cengkaman yang mereka lakukan terhadap petani dan nelayan sudah berlaku sekian lama.

Apabila orang tengah dan pembekal ini bertindak serentak menaikkan harga barangan komoditi ia memberi kesan langsung kepada pengguna dan keresahan pengguna memberi kesan langsung kepada imej kerajaan.

Bayangkan kalau orang tengah dan pembekal ini berada dalam rangkaian politik kelompok tertentu pastinya membahayakan kestabilan dan keselamatan negara. Sebab itu pendekatan jihad memerangi mereka ini sesuatu yang menuntut keberanian, strategi yang bijak serta kesungguhan yang tinggi supaya kartel ini dapat dibanteras.

Harus ada kesedaran yang tinggi dalam kalangan nelayan dan petani bahawa mereka sedang dizalimi dan titik-peluh mereka sedang dieksploitasi dan ia menyusahkan pengguna.


Viewing all 528 articles
Browse latest View live